Showing posts with label Bahaya. Show all posts
Showing posts with label Bahaya. Show all posts

SANGGAP...!!! SEORANG BANGLA CABUL RAKAN SEKERJA GUNA JARI KAKI KETIKA MEMBONGKOK


Segamat: Perbuatan kurang ajar seorang lelaki Bangladesh mencabul kehormatan rakan sekerjanya menggunakan kaki di sebuah kilang kain di sini, semalam, mengundang pada apabila dia ditahan polis.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan tidak sampai setengah jam selepas mangsa berusia 30 tahun membuat laporan polis jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, wanita warga tempatan yang masih bujang itu mendakwa suspek mencabul bahagian sulitnya dari belakang menggunakan kaki jam 10.45 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia membongkok menulis dokumen pesanan pelanggan di atas meja apabila berasa alat sulitnya disentuh seseorang dari belakang.

“Mangsa terkejut melihat ibu jari kaki berada di celah kangkangnya lalu menoleh dan melihat suspek tersenyum kepadanya,” katanya.

Menurutnya, kejadian semalam bukan yang pertama dilakukan suspek terhadap wanita itu kerana mangsa mendakwa sebelum ini dia pernah diperlakukan demikian di tempat kerjanya.

“Mangsa mendakwa sebelum ini lelaki itu menyentuh kemaluannya dengan kaki kerana meja tempat mereka menjahit pakaian berada bertentangan.

“Namun mangsa tidak bertindak kerana menyangka rakan sekejarnya itu tidak sengaja tetapi selepas berulang, dia tidak teragak-agak membuat laporan polis kerana yakin suspek melakukan gangguan seksual terhadapnya,” katanya.

Mohd Kamil berkata, susulan daripada laporan yang dibuat mangsa, beberapa anggota polis ke tempat kerja suspek dan menahannya untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Suspek kini direman empat hari dan dihadapkan ke mahkamah sebaik siasatan lengkap dijalankan,” katanya.

Mohd Kamil menasihatkan wanita yang menerima gangguan seksual di tempat kerja tidak takut atau malu untuk tampil membuat laporan.

Sumber: Harian Metro


AL-FATIHAH.....!!! 4 Gambar Ayahanda Zul Badak Maut Selepas Ditembak Seorang Lelaki Bertopeng Pukul 2 Pagi Tadi.....


$%Seorang lelaki maut selepas terkena empat das tembakan dilepaskan dua lelaki  ketika menuju ke kereta selepas keluar minum bersama dua rakan di sebuah restoran di Jalan Tun Ismail awal pagi tadi.

Kejadian jam 2.20 pagi itu menyebabkan mangsa Arzurizan Abdul Rahman, 39, atau lebih dikenali dengan panggilan Ayahanda Zul Badak maut ditempat kejadian  akibat kecederaan parah di bahagian kepala.





Difahamkan mangsa ditembak ketika sedang ingin menaiki kenderaanya dan suspek dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya empat das tembakan.


Ketika kejadian mangsa keluar dari restotan berkenaan bersama dua rakannya menuju ke kereta sebelum sekumpulan lelaki menaiki kenderaan jenis Proton Waja dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu melepaskan empat das tembakan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA) di sini untuk bedah siasat dan polis akan memanggil dua

rakannya itu untuk merekodkan keterangan berhubung kejadian.


Katanya, polis masih meneruskan siasatan dan mengklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Al-fatihah Credit Sinar, Harian Metro, DTR

Kredit : hebatpunyaa


PUNCA SEBENAR......Imam Masjid Negara Ditampar ‘Pak Arab’ Semasa Solat Jumaat Tadi


Ketika ini kecoh di laman sosial apabila Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim dakwa dirinya ditampar oleh seorang lelaki Arab ketika solat jumaat sebentar tadi.

Menurut beberapa saksi kejadian, solat yang sedang di rakaat pertama itu terpaksa diberhentikan akibat tindakan lelaki Arab demikian. Fuhh Imam pun dah tak selamat sekarang.

Punca Sebenar Masih Belum Didedahkan Oleh Pihak Polis.


Rampas mic, tampar imam


Menurut saksi juga, lelaki tersebut turut merampas pembesar suara dan mengatakan sesuatu.



http://www.ohbulan.com/


2 WANITA BUAT ONAR........ Wanita Tidak Berpakaian Serbu Ketika Imam Sedang Berucap di atas Pentas


PERSIDANGAN ISLAM yang diadakan di Pontoise, Perancis bertukar menjadi huru-hara apabila dua aktivis sosial wanita bertindak melakukan aksi tidak berbaju ketika majlis tersebut sedang rancak bersiar.

Menerusi video, mereka secara tiba-tiba melompat ke atas pentas dan memaksa dua orang lelaki dipercayai Imam untuk beredar dan melaungkan beberapa slogan sebelum pasukan keselamatan membawa mereka turun dari pentas berkenaan.


“Tiada sesiapa boleh paksa saya menyembah kepada apa-apa pun,” demikian tertulis di atas buah dada wanita yang menimbulkan kekecohan.

Tidak beberapa lama kemudian, kedua-dua wanita berkenaan diusir daripada pentas dan dapat disaksikan salah seorang daripadanya telah disepak oleh salah seorang lelaki.


Kumpulan FEMEN diasaskan di Ukraine pada tahun 2008 dan dikatakan berpangkalan di Paris.

Mereka menggambarkan idealogi mereka melalui tiga perkara iaitu sexterisme, atheis dan feminisme.


Pertubuhan tersebut terkenal dengan aksi melampau membuka baju di khalayak ramai di mana pada tahun 2014, mereka melakukan provokasi sewaktu program persidangan Islam yang diadakan di Berlin, German.
SUMBER


HERO SEJATI....!!! Selamatkan Wanita, Lelaki Gelandangan Mati Ditembak...(Video Penuh)


SEORANG lelaki gelandangan mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan seorang wanita yang menjadi tebusan seorang lelaki bersenjata di Brazil.

Insiden yang berlaku di hadapan gereja terkenal Sao Paulo memperlihatkan Francisco Erasmo Rodriguez De Lima, 61, mati selepas ditembak sebanyak dua kali di bahagian dada.

Francisco telah menyelamatkan wanita tersebut yang diugut bunuh oleh Luiz Antonio De Silva, 49, sebelum suspek mati ditembak pihak polis.

Menurut sumber, Francisco yang bertindak berani itu mati di tempat kejadian kerana kecederaan yang dialami manakala wanita terbabit yang terselamat kini dirawat namun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Ribuan pengguna sosial menyeru pihak bertanggungjawab memberi penghargaan terhadap jasa Francisco dan kebumikannya dengan cara yang terhormat.




Kejam....!!! Isteri Dibunuh Kerana Tiada Darah Ketika Malam Pertama Pecah Dara .


Beberapa tahun lepas aku terbaca di Harian Metro kisah seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya kerana tidak berdarah pada malam pertama perkahwinan mereka. Si suami beranggapan si isteri telah menipu dirinya dan tidur dengan lelaki lain sebelum berkahwin. Berita ini amat menyedihkan kerana cinta yang mereka bina selama ini hancur musnah kerana sikap tidak berfikir panjang si suami.


Namun kisah ini tidak seburuk berita berita yang aku dengar dari negara negara konservatif muslim. Di Pakistan dan Bangladesh umpamanya ramai isteri yang tidak berdarah pada malam pertama dibunuh atau/dan dibakar oleh suami, abang atau bapa mereka kerana dikatakan telah menconteng arang ke muka keluarga. Pada pendapat aku, berdarah atau tidak berdarah bukanlah satu perkara yang perlu dijadikan isu. Dibawah ini akan aku jelaskan mengapa.


Pertama sekali, bukan semua wanita dilahirkan dengan selaput dara. Menurut Nederlandse Vereniging voor Obstetrie en Gynaecologie (May 2004), 1 bagi setiap 1000 orang wanita dilahirkan tanpa selaput dara. Dalam erti kata lain, kira - kira 15000 wanita di Malaysia tidak mempunyai selaput dara.


Selain itu, selaput dara bukan sahaja boleh pecah kerana aktiviti seks tetapi juga kerana faktor faktor yang lain seperti penggunaan tampon yang kerap, penggunaan vaginal speculum ketika pemeriksaan kesihatan, onani, sering melakukan akitiviti lasak serta bersukan, kecederaan atau penderaan fizikal. Atas sebab - sebab ini berdarah atau tidak bukanlah petunjuk konkusif bahawa si wanita itu pernah melakukan seks atau tidak.


Disamping itu, sesetengah wanita mungkin hilang dara kerana dirogol. Golongan ini dalam dilema sama ada patut atau tidak mereka menceritakan tragedi hitam mereka kepada bakal suami. Golongan lelaki diluar sana mungkin beranggapan yang wanita wanita ini harus berterus terang sahaja kepada bakal suami mereka. Namun, kita tidak berada di tempat wanita itu dan tidak tahu betapa berserabut fikirannya. Jika diberitahu, makin banyak soal si suami hingga membuatkan si isteri terseksa mengenangkan saat dirogol. Ada kemungkinan si suami akan menganggap si isteri hanya membuat - buat alasan untuk menutup aib bahawa dirinya dulu seorang bohsia. Ada kemungkinan si suami akan menyalahkan si isteri kononnya terlalu naif, sama dua kali lima menggatal, berpakaian seksi dan sebagainya. Hakikatnya, amat susah sekali suami - suami diluar sana mempercayai pengakuan isteri mereka.


Menurut Psychology Today (Mac 2011), hanya 43% wanita yang disoal selidik mengatakan mereka berdarah ketika pertama kali melakukan seks. Adakah ini bermaksud 57% wanita yang lain itu masih mempunyai dara? Sudah tentu tidak.


Lelaki - lelaki diluar sana sangat bersyukur dan gembira jika mengetahui isteri mereka berdarah pada malam pertama. Tetapi pendarahan ini mungkin berlaku disebabkan penyakit seperti cervical dysplasia, gonorrhea, cervical polyps, vaginal yeast infection, uterine polyps, chlamydia, vaginitis, trichomoniasis, endrometritis and fibroid tumors. Jika bukan kerana penyakit mungkin juga kerana kemasukan zakar kedalam vagina secara kasar dan kekurangan pelincir.


Yang peliknya, sesetengah lelaki yang beriya - iya mahukan isteri dara ini belum pasti lagi masih teruna atau tak. Entah - entah dah banyak kali beromen dengan anak orang. Janganlah jadi lelaki munafik yang nak isteri islamik, dara tapi perangai sendiri macam sampah.


Berdasarkan faktor - faktor ini tidak perlulah lagi kita hebohkan sangat jika perempuan itu berdarah atau tidak. Apa yang penting adalah perempuan itu baik, memahami kita dan menyayangi kita sepenuh hati. Jika perempuan itu terbukti pernah tidur dengan banyak lelaki sekalipun tidak perlu kita kenang sejarah hidupnya. Apa yang lepas kita biarkan berlalu pergi. Jika wanita itu pelacur sekalipun tetapi benar benar ingin membina keluarga bersama kita jadi terimalah seadanya. Lagipun kita ini pun bukanlah sempurna mana.

SUMBER


BANGGANG....!!! WANITA ITU DENGAN BANGGANYA MUAT NAIK STATUS RAMPAS SUAMI ORANG...


WANITA MUAT NAIK STATUS BANGGA RAMPAS SUAMI ORANG | Seorang wanita memuat naik status yang kami anggap agak ‘meloyakan’ kerana wanita itu bangga dengan perbuatannya yang telah meruntuhkan rumahtangga wanita lain.


“Sedihnya Abang Aswad balik KB sudah. Rasa bahagia sangat selama seminggu menghabiskan masa dengan dia.

“Sekarang dia sudah menjadi milik aku sepenuhnya sebab dia dah ceraikan isteri dia dengan talak satu.

“Akhirnya aku menang. Perempuan kau kalah, sudahlah kau tak cantik,” katanya pada status yang dimuat naik pada 10 Mac 2015 lalu.

Caption gambar yang dimuat naik oleh Que itu mengundang kritikan orang ramai yang mengelarnya perampas suami orang. Que pada hari yang sama juga turut memuat naik status yang lain;

“Salahkah aku mencintai suami orang sedangkan dia sanggup ceraikan isteri dia demi aku. Terbukti dia lebih cintakan aku,” katanya.

Perkahwinan bekas isteri, Siti dan lelaki yang bernama Aswad itu telah terjalin selama 13 tahun dikurniakan seorang anak perempuan, hancur begitu sahaja kerana kehadiran orang ketiga.

Siti, hanya mampu membiarkan bekas suaminya berlalu pergi.


“Aku tak mampu bersuara, tapi yang pasti dia masih suami aku. Aku akan tetap mencintai macam dulu seperti 13 tahun yang lalu. Pada kamu Sikin, aku tak berdendam apa pun dengan kamu. Aku yakin kamu ada hati dan kamu dapat berfikir,”

Entah apa yang dibanggakan sangat dapat suami orang. Alangkah ruginya si suami meninggalkan bekas isterinya yang ternyata lebih baik dari yang kedua ini


BIAR BETUL....!!! GADIS BERUSIA 15 TAHUN HAMIL GARA GARA MENELAN SPERMA

Lesotho, Mungkinkah sperma yang tertelan wanita menyebabkan proses pembuahan dan menghasilkan anak? Menurut teori memang tidak mungkin. Tapi 22 tahun yang lalu, ada seorang gadis berumur 15 tahun yang hamil karena menelan sperma kekasihnya. Bagaimana mungkin?

Hamilnya gadis 15 tahun akibat menelan sperma ini terjadi pada tahun 1988 di daerah Lesotho, Afrika Selatan namun kisahnya baru diketahui orang banyak akhir-akhir ini. Berikut petikan kisahnya seperti dikutip dari Lemondrop.

Kejadian bermula ketika gadis 15 tahun yang bekerja di sebuah bar itu sedang melakukan seks oral bersama kekasihnya. Saat itu pula, tiba-tiba mantan kekasihnya datang lalu marah-marah.

Sang mantan tidak terima melihat kejadian tersebut di depan matanya. Ia langsung mengambil pisau dan perkelahian pun terjadi diantara mereka. Akibat perkelahian tersebut, si gadis terluka pada bagian lengan dan perutnya.

Gadis itu kemudian dilarikan ke rumah sakit karena luka di perutnya yang lumayan parah. Dokter langsung melakukan operasi untuk menutup perutnya yang robek. Namun sebelum menutup lubang di bagian perutnya, dokter menemukan banyak cairan di perutnya yang ternyata merupakan air liur.

Kondisi gadis tersebut berangsur-angsur membaik setelah dioperasi, ia pun bisa pulang 10 hari kemudian. Namun 278 hari atau sekitar 9 bulan kemudian, ia datang lagi ke rumah sakit karena sakit di perutnya. Berbeda dengan kedatangan sebelumnya, kali ini ia datang dengan perutnyayang membesar.

Sebelumnya dokter mengira ia sedang hamil tapi si gadis membantahnya karena merasa tidak pernah melakukan seks melalui vagina. Setelah dilakukan pemeriksaan, dokter terkejut karena ternyata ada sebuah bayi di dalam rahim gadis itu dan terdengar suara detak jantungdari perutnya.

Masih dalam keadaan terheran-heran, dokter segera melakukan persiapan kelahiran untuk mengeluarkan bayi tersebut dari dalam perut si gadis. Namun ketika akan melahirkan, dokter semakin terkejut karena gadis tersebut tidak punya vagina. Operasi cesar pun dilakukan dan akhirnya keluarlah bayi laki-laki seberat 2,8 kg.

Untuk menjawab teka-teki munculnya bayi dalam rahimnya, dokter pun melakukan interogasi dengan ditemani seorang suster. Dari hasil interogasi, si gadis mengaku pernah menelan sperma kekasihnya pada saat melakukan seks oral. Ia selalu melakukan seks oral karena sadar tidak punya vagina.

Hasil pemeriksaan dokter terhadap gadis itu memang mengindikasikan tidak ada vagina pada bagian vulvanya, yang ada hanya sebuah lekukan dangkal pada bagian luar uretra dan diantara bagian labia minora.


Gadis itu diketahui memiliki kelainan vagina yang disebut mullerian agenesis yang membuat sistem reproduksinya (vagina, leher rahim dan rahim) tidak lengkap. Penderita mullerian agenesis akan kesulitan melakukan hubungan seksual dan akan merasakan sakityang luar biasa jika dipaksakan bersenggama.

Si gadis memang sedikit khawatir pada saat perutnya membesar setelah operasi 9 bulan yang lalu. Namun ia tidak pernah menghiraukan dan mengira itu hanya efek samping dari operasi sebelumnya, lagipula menurutnya ukuran perutnya tidak terlalu besar saat itu.

Tapi bagaimana bisa si gadis hamil sedangkan tidak pernah berhubungan seks melalui vagina?

Dokter pun memberikan penjelasan berdasarkan acuan dari British Journal of Obstetrics and Gynecology. Kemungkinannya adalah, sperma masuk melalui saluran pencernaan. Meski menurut teori sperma tidak dapat bertahan dalam suasana lambung yang sangat asam, namun yang terjadi pada gadis itu tidak demikian.

Sperma yang ditelan bisa melalui lambung dan masuk ke bagian reproduksinya tanpa mengalami kerusakan karena terlindung oleh air liur yang berfungsi sebagai buffer atau bahan penetral ketika bertemu asam lambung. Air liur dapat menetralkan suasana asam karena memiliki pHyang tinggi (basa).

Si gadis memang diketahui memiliki tubuh sangat kurus, menurut dokter faktor itulah yang memicu produksi air liurnya berlebih. Sampai saat ini, kasus masuknya sperma melalui saluran pencernaan itu masih membuat beberapa dokter bingung dan tidak percaya. Nurul Ulfah detikHealth

Sumber: viralberita


GILA SELFIE....!!! Kemalangan 12 Aksi Selfie Yang Berakhir Dengan Tragedi yang sangat Menakutkan...

Selfie kini sudah menjadi satu fenomena global yang melanda majoriti manusia di muka bumi. Tanpa mengira waktu dan tempat, pasti insan yang gilakan selfie akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mengambil gambar kenangan. Namun begitu, ada juga selfie yang berakhir dengan tragedi memilukan. Dipetik dari portal TheVocket, ingin dikongsikan 12 selfie yang pasti mengingatkan kita bahawa ajal dan maut itu memang tidak dapat diduga.

1. Oscar Otero Aguilar


Mabuk yang mengundang padah! Oscar yang berada di dalam keadaan mabuk cuba berselfie dengan sepucuk pistol sebagai pelengkap gaya. Malangnya, dia telah tertembak diri sendiri sewaktu sedang mengambil gambar.

2. Seorang lelaki di Jaen, Sepanyol


Selfie tidak bertempat! Lelaki berusia 21 tahun ini menemui ajal sewaktu cubaan untuk mengambil gambar di atas sebuah kereta api akibat renjatan elektrik.

3. Ahli Muzik Reggae Jadiel (Ramon Gonzalez)


Jadiel sempat merakam selfie terakhir ini sebelum dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kematiannya.

4. Collete Moreno dan Ashley Theobald


Dua gadis manis ini sedang berada di dalam perjalanan menuju ke parti meraikan bakal pengantin baru, Collete Moreno sewaktu dia merakam selfie ini. Selang beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu Ashley telah terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan kematian Collete.

5. Gary Slok dan ibunya


Mereka berdua sepatutnya sedang berada di dalam perjalanan ke Malaysia untuk menikmati percutian musim panas. Tetapi Gary Slok dan ibunya yang merupakan penumpang MH17 tidak berpeluang menikmati percutian idaman setelah kapal terbang malang itu ditembak jatuh sebelum terhempas di kawasan sempadan Ukraine-Rusia.

6. Mohammed al-Chaar


Mohammed al-Chaar (berbaju merah) adalah seorang remaja Lebanon berusia 16 tahun yang sedang keluar bertemu rakan-rakan sepertimana kebiasaan remaja lain. Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya apabila turut terkorban di dalam serangan bom yang dikatakan berkait dengan konflik yang berlaku di Syria. Berang dengan apa yang menimpa al-Chaar, sekumpulan remaja telah menggunakan media sosial Facebook dan Twitter untuk kempen anti-keganasan.

7. Dua wanita di Iran


Kedua-dua wanita ini memang penggila selfie yang tegar! Mereka telah terlibat dengan kemalangan sewaktu merakam video nyanyian mereka di dalam kereta. Mujur kedua-duanya terselamat dalam kemalangan itu. Namun begitu, mereka masih sempat berselfie sewaktu di dalam perjalanan ke hospital. Nampaknya mereka memang tidak akan berasa serik untuk berselfie pada masa akan datang!

8. Karen Hernandez


Karen sedang cuba untuk berselfie di sungai El Tunal yang terletak di Mexico. Namun begitu, malang tidak berbau apabila wanita itu tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai sebelum mati lemas.

9. Jenni Rivera


Selebriti sensasi Mexico ini telah merakam foto terakhir bersama krewnya sebelum penerbangan berlepas. Jet peribadi yang dinaiki mereka telah terhempas berhampiran Iturbide, Nuevo León, Mexico lalu meragut nyawa kesemua penumpang.

10. Courtney Sanford


Courtney Sandford telah memuat naik gambar selfienya beberapa minit sebelum terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Ironinya, wanita itu juga sedang mendengar lagu Happy nyanyian Pharrel Williams ketika kejadian berlaku.

11. Pasangan dari Poland


Pasangan suami isteri ini telah menemui ajal akibat terjatuh dari tebing tinggi Cabo De Roca semasa sedang berselfie. Mereka berdua dikhabarkan sedang melancong ke Portugal sewaktu insiden buruk ini berlaku.

12. Xenia Ignatyeva


Remaja berusia 17 tahun ini dikatakan telah hilang keseimbangan sewaktu cubaannya untuk berselfie di atas sebuah jambatan. Xenia meninggal dunia akibat renjatan elektrik melalui kabel yang cuba dipautnya sewaktu terjatuh.

Semoga kita mendapat pengajaran daripada kisah yang dikongsikan ini. Hendak berselfie pun perlulah memikirkan aspek keselamatan diri dan semua orang. Ingatlah insan tersayang sebelum berselfie!

Sumber: HarianBlogger


BONGKAR.....!!! Pasangan suami isteri penagih pil kuda giat aktif menipu orang ramai. Anda mungkin mangsa seterusnya !



PENIPU BERNAMA : Ahmad Nasrul Bin Muhamamd Nasir (Suami)


Berikut adalah kisah yang dikongsikan oleh mereka sebelum mengetahui perkara sebenar berkaitan dengan kegiatan suami isteri penagih pil kuda ini. Dua orang anak mereka hanya dijadikan "alat pancing" untuk orang ramai menagih simpati !


MODUS OPERANDI MANGSA 1

Ditulis Facebook Kacang Buncis

Assalamuallaikum,

Lebih kurang jam 8.30 malam tadi,saya dan suami dari lundang menghala ke bandar baru kubang kerian,sampai di flyover pasir tumbuh,kami lihat ada sepasang suami isteri dan 2 orang anak kecil yg saya kira dalam lingkungan 4 tahun dan 3 tahun sedang berjalan kaki sambil si suami menolak motosikal nya yang rosak.



Saya tergerak hati meminta suami berpatah balik dan mendekati mereka. Hati wanita saya cukup sensitif bila melihat anak sekecil itu berjalan kaki di dalam gelap malam. Setelah mendekati saya bertanya itu dan ini...nak kemana dan mcm mcm lah. Saya difahamkan mereka telah berjalan kaki berempat sambil menolak motor dari Telipot...hinggalah ke Pasir Hor sebab minyak hitam motor mereka dah kering. Ya Allah,masya Allah...!!! Jauh lebih kurang 5km tuan puan..cry emoticon Lebih sedih lagi,mereka hendak ke Hospital USM di Kubang Kerian sb anak sulung mereka dah 3 minggu ditahan di wad sebab demam denggi dan jangkitan kuman pada paru paru.

Saya melihat jam hampir pukol 9 mlm dan saya difahamkan mereka masih belum berbuka puasa..tadi ada yg bersimpati memberi mereka sebungkus nasi kerabu dan air...meraka dah bagi anak anak makan dulu...Ya Allah,beratnya dugaan Mu ini...sebak..saya sgt sebak..!!!

 

Suami saya menelefon adiknya untuk membeli dan menghantar minyak hitam sementara kami menunggu ditepi jalan. Saya mengajak isteri dan anak anak mereka menunggu di dalam kereta agar anak anak mereka tidak kepanasan. Sambil kami tunggu suami saya mengisi minyak hitam,saya sempat bertanya si isteri...katanya mereka ingin kerumah ibu saudaranya di Gual Periuk kerana ingin meminjam duit tapi sampai disana ibu saudaranya tiada di rumah dan mereka terpaksa berpatah balik ke USM Kubang Kerian. Sebelum ini mereka menetap ni rantau panjang tapi diusir keluar oleh saudaranya. So dah tiga minggu mereka tidur di hospital. Mereka risau jika anak mereka dapat keluar hospital,mereka tak tahu kemana lagi ingin menumpang...Ya Allah...!!

 

Oh..sebelum saya lupa, Masa mereka berjalan kaki tadi,saya nampak si isteri memakai tongkat...saya tanya kenapa dgn kakinya lalu dia menyelak seluar dan menunjukkan kakinya..Ya Allah..hati saya luruh melihat penderitaan dan kekuatan perempuan ini..!! Saya difahamkan daging kakinya meluruh dan tinggal tulang..Doktor pun tak dapat pastikan apa punca dan penyakit si isteri. Sekarang dia tidak mendapat rawatan dimana mana hospital kerana kesempitan hidup...Mmg dah bergenang air mata ni...

Setelah selesai baiki motor,saya menghantar mereka ke HUSM dan memberi sedikit wang buat belanja. Si isteri memeluk saya dgn erat dan yg paling buat saya luluh hati bila dia cakap..."Kak,terima kasih banyak banyak...Akak jer yg tolong saya"..Sebak..sebak..sebak..!!



MODUS OPERANDI MANGSA 2

Ditulis Facebook Mohd Azraie Daud
Cerita semalam,aku balik dari kedah,singgah ke kota bharu untuk ambik anak dan isteri,elok sampai rumah mentua di pulau melaka,Allah tidurkan aku..kul 12.30 pagi Allah kejutkan aku. Siap2 semua barang dalam kereta,kami pun bertolak,sampai di traffic light pulau melaka,aku nak topup minyak kereta,biasanya aku akan topup di Tok Bali tapi mlm tadi,Allah gerakkan hati untuk topup di Petronas Pulau Melaka tu jugak.

Waktu tu hujan renyai2. Elok aku parking je kereta kat pam tu. Aku tengok family ni. Aku pi bayar duit minyak dan terus isi sambil usha family ini.




Aku tengok anak kecil tu bermain di samping ibu dia yang duduk. Ayah dia kelihatan duduk dibalik motor sambil muka tunduk kebawah. Aku perasan ada sorang lagi anak dia tidur atas motor sambil selimut dengan kain batik. Selesai pam minyak,aku terus tuju ke arah diorang..aku tanya, dari mana nak ke mana?si isteri jawab"dari pasir putih,nak ambik anak kt husm,anak dah dua minggu di wad sebab jangkitan paru2..hari ni dah boleh keluar,pi pasir putih nak pinjam duit dengan mak sedaranya,tapi tak dapat,sampai sini minyak motor habis,tapi duit tak ada nak isi,rumah plak kt rantau panjang".

Mata si isteri tu dah mula berair.aku dapat rasa air mata tu ikhlas.. Aku perhati kt motor dia, ada sticker ustaz azhar idrus,suami pun pakai kopiah. Aku dh mula simpati dan rasa diorg ni jujur dan orang baik2.

Lepas tu aku tengok kaki dia macam sakit, aku pun tanya la sakit apa,kencing manis ke? Siisteri tu bagitau, dia sakit misteri,lepas berubat di perubatan islam di Bangi,baru sembuh. Doktor hampir2 potong kaki dia..

masa tu adalah dua tiga orang datang menghampiri kami,aku terangkan masalah diorang dan aku bagitau kalau2 org2 yang datang tu nak bantu..alhamdulillah dengan rela hati,beberapa orang menghulurkan note2 biru dan hijau.raut wajah mereka terus berubah ceria..masa tu terasa nikmat yang Allah bagi..walaupun aku hanya berMyvi bukan mercedes atau bmw,tapi ada orang yang lagi susah..




aku teringat masa kecik2 dulu,kehidupan keluargaku kais pagi makan pagi,pernah dihalau dan dihina kerana kemiskinan keluarga kami. Kini hidup kami banyak berubah berkat ketabahan ayah dan mak memastikan kami berjaya dalam pelajaran walaupun kami orang miskin..aku ada ambik no fon abang ni. Nama dia nasrul. Dia sudah sebulan tak kerja sebab jaga anak dia di husm. Isteri dia jalan bertongkat. Tak mampu nak urus sendiri. Sebab tu dia tak berduit. Dia kerje mekanik di bengkel kereta..

insyaAllah aku akan melawat mereka pada minggu depan. Saya akan siasat dahulu sebelum apa2 sumbangan dikutip.insyaAllah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PEMBONGKARAN PENIPUAN
(Kisah sebenarnya yang berlaku disebalik suami isteri ini) :
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Respons terhadap status Mohd Azraie Daud. Pernah kumpulkan RM 1,000 dari orang ramai untuk tolong mangsa. Ketua kampung SAHkan mereka kaki pil kuda. Modus operandi bawa anak naik motor adalah semata-mata untuk simpati orang ramai :



Sanggup tolong hantar ke HUSM . Sanggup cari rumah di Rantau Panjang untuk serahkan wang yang dikumpul dari orang ramai :


Sebelum ini marah kepada JKM kerana tidak tolong, sekarang malu muka akibat salah faham. Rupa-rupanya anak-anak mereka telah menerima sebanyak RM400 sebulan dari JKM ! :


Gigih cari rumah mereka. Tetapi sangat kecewa akhirnya tahu mereka adalah penipu !



Antara mangsa lain yang turut melibatkan wang sumbangan RM1,000 :