Filled Under:
Artis
NORA DANISH ANDAI ADA JODOH KAMI AKAN BERCINTA SEMULA
Posted By:
Mark
on 23:52
Tidak menafikan akan bercinta semula bersama Nedim (jika ada jodoh), Nora Danish dalam masa yang sama menjelaskan bahawa buat ketika ini dia lebih selesa solo atau seperti yang Nora pernah katakan sebelum ini cinta tak semestinya memiliki. Ini quote dari filem mana ya?
BACA: Cinta Nora Danish, Nedim Kini Berakhir
Benar kami ada keluar bersama kerana kami masih bersahabat baik. Masing-masing sudah dewasa dan boleh berfikir secara matang. Seandainya ada jodoh, kami akan bercinta semula. Namun, buat masa ini saya lebih selesa begini
Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, cinta tak semestinya memiliki. Kami putus bukan kerana kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan ada perkara yang perlu kami selesaikan dulu, jelas ibu tunggal ini kepada BH Online.
Selain itu, tambah Nora yang mengakui namanya kini sering diburukkan di pelbagai platform sosial yang lain, dia menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak menjejaskn langsung dirinya selain turut tenang dengan apa yang melandanya ketika ini. (rtky/s)