Filled Under:
Bahaya
“Aku tak tahulah apa nak jadi dengan rumah tangga aku ni.” Itulah antara luahan sorang artis yang tak senang duduk dengan rumah tangganya. Rumah tangganya belum bergoyang, tapi banyak benda yang disimpannya sepanjang jadi isteri kepada lelaki itu. Tapi Cik Tina tengok artis tu tabah dan berusaha untuk menjaga rumah tangganya.
Posted By:
Mark
on 08:44
Walaupun masih muda, tapi dia berusaha nak jadi isteri yang sempurna di mata suaminya. Tapi si suami pulak yang jenis suka mengkritik dan membebel sehingga artis tu rasa apa yang dibuatnya serba tak kena.
Dah masak sedap-sedap pun ada lagi yang tak kena. Kurang masinlah tak cukup manislah. Kalau masakan tu benar-benar tak sedap lainlah cerita, tapi bila artis tu rasa balik, okey aja apa yang dia masak tu.
Itu bab makan, bab-bab lain pun ada sahaja yang tak kena di mata si suami ni. Balik aja kerja, kalau penat sikit kerja dia hari itu banyaklah yang jadi bahannya.
Dah lama dah artis tu meluah perasaan kepada saudara dan teman terdekat pasal perangai suaminya itu. Bila ada media yang menghidu dan bertanya kepadanya, dia tak dedahkan sebab masih mahu menjaga rumah tangga.
Sehingga kini dia masih lagi boleh sabar dengan apa yang dilaluinya. Dah nasib dia dapat suami yang macam tu nak buat macam mana. Kesiannya.
Ada juga orang bercerita pasal suami yang menggatal di luar, tapi selagi tak ada bukti depan mata, artis tu tak mahu melenting dan tak mahu komen pasal perkara itu. Dia tak nak keruhkan keadaan.
Baik sungguh pekerti artis tu dalam menjaga keluarga. Mungkin juga suaminya bukan kaki pukul sebaliknya kaki mengomel dan kaki menggatal sahaja sebab itu dia boleh bertahan lagi walaupun ia membuatkan jiwa si artis kacau.
Patutlah lama tak nampak kelibat artis tu berlakon. Sesekali sahaja nampak dia dalam majlis-majlis tertentu. Jenis cemburu buta ke suaminya tu. Entahlah Cik Tina pun tak tahu.
Cik Tina: Cik Tina tak fahamlah dengan suami yang tak tahu menghargai isteri yang selalu menjaga nama baiknya daripada dicerca orang ni. - Cik Tina ManggaOnline